baytalikhlas@gmail.com
( 05-6803438 )

MAAHAD TAHFIZ BAYT AL IKHLAS

Ditubuhkan pada 2018

Latar belakang Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas

Maklumat Tahfiz

  • Jenis Sekolah : Maahad Tahfiz
  • Ditubuhkan oleh : Yayasan Al Ikhlas
  • Tahun Ditubuhkan : 2017
  • Poskod : 32200
  • Negeri : Perak
  • Alamat : Lorong Haji Nazir,Kampung Padang Tembak Teluk Muroh,Lumut.

Latar belakang

Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas atau singkatan namanya Bayt Al Ikhlas merupakan cetusan idea Penaung Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir yang mempunyai objektif melahirkan huffaz profesional , berketerampilan, berakhlak mulia, berpendidikan dan mengaplikasi Al Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian.

Maahad yang dibina diatas keluasan 5 ekar tanah milik Yayasan Nur Ikhlas (PPAB-12/2012) ini terletak diatas bukit dan mempunyai kemudahan asrama, dewan makan, surau, padang, bilik multimedia, kelas, dan kemudahan lain bagi memastikan keselesaan pembelajaran.

Mula beroperasi pada 14 Januari 2018 dengan pengambilan pertama seramai 20 orang pelajar lelaki berumur 13 tahun (lepasan UPSR).

Konsep kurikulum unik "2 + 3" iaitu 2 tahun pengajian hafazan Al Quran, penguasaan bahasa inggeris dan arab diikuti pendedahan kemahiran multimedia dan tadabbur Al Quran sebelum 6 bulan terakhir pada tahun ke-2, pelajar mempelajari pendidikan Islam. 3 tahun yang berikutnya pelajar akan mengikuti Sijil Pelajaran Malaysia (Spm).

Aktiviti kokurikulum melibatkan renang, muzik (nasyid)dan memanah menjadi aktiviti teras kepada pembentukan pelajar yang sihat, sentiasa fokus dan mampu menonjolkan kemampuan diri. Aktiviti riadah seperti bola sepak, badminton dan ping pong juga menjadi aktiviti sukan harian pelajar.

Sokongan dari pelbagai pihak sentiasa menjadi asas kekuatan bagi Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas untuk terus maju kehadapan dan menjadi simbol ilmu dimata dunia.

Waktu Operasi

Hari Buka Tutup Rehat
Isnin 8:30 am 5:00 pm 12:00 pm - 2:00 pm
Selasa 8:30 am 5:00 pm 12:00 pm - 2:00 pm
Rabu 8:30 am 5:00 pm 12:00 pm - 2:00 pm
Khamis 8:30 am 5:00 pm 12:00 pm - 2:00 pm
Jumaat 8:30 am 5:00 pm 12:00 pm - 2:30 pm