baytalikhlas@gmail.com
(05-6803438)

Aktiviti

img
SYARIKAT ARWANA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas telah dijemput untuk menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan Ulang Tahun Arwana T&T ke 12 dengan bacaan yasin,tahlil dan juga solat isyak berjemaah.

Tarikh 31 Januari 2019
img
MAJLIS MENGHAFAZ AL QURAN

Pelajar Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas telah menghadiri Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Perak 2019-1440H. Ini satu pendedahan kepada pelajar dan juga mempraktikkan hafazan mereka.

Tarikh 30 Januari 2019
img
LAWATAN MESRA AHLI PARLIMEN

Lawatan mesra Ahli Parlimen Sri Gading, TAN SRI DATUK HAJI MOHAMAD BIN AZIZ. Beliau mengagumi maahad tahfiz. Beliau menjadikan maahad tahfiz sebagai tempat singgah santai sebelum meneruskan perjalanan beliau ke Pulau Pangkor

Tarikh 27 Januari 2019
img
HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU

Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2019 di Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas. Seramai 12 orang pelajar baru yang telah berjaya dalam ujian kemasukan. Program ini juga dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir selaku Penaung dan Pengasas Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas

Tarikh 6 Januari 2019
img
KEM TAHFIZ MAAHAD TAHFIZ BAYT AL IKHLAS 2018

Telah berlangsung satu program Kem Tahfiz yang dianjurkan oleh Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas kepada masyarakat. Program ini bertujuan untuk memberikan teknik dan cara kepada pelajar untuk menghafal al Quran dengan lebih efektif. Program ini juga turut dihadiri Yang Berhormat Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir sebagai Penaungan dan Pengasas Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas.

Tarikh 17 Disember 2018 - 20 Disember 2018
img
KUNJUNGAN MESRA KOLEJ VOKASIONAL MANJUNG.

Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas telah mendapat kunjungan mesra daripada Kolej Vokasional Manjung. Turut hadir Puan Kamariah binti Sulaiman selaku Ketua Jabatan Pendidikan Umum dan Madam Linah Cia selaku Ketua Unit Pusat Sumber.

Tarikh 12 Oktober 2018